TENTANG KAMI

Najwa Confinement ditubuhkan oleh Puan Najwa dan merupakan syarikat bumiputra islam penuh. Usaha Puan Najwa adalah untuk menyediakan platform berpantang yang berkualiti, mampu milik dan berbaloi kepada semua wanita di luar sana. Pada asalnya, Puan Najwa juga adalah Confinement Lady (CL) dan Terapis yang berpengalaman dalam mengendalikan wanita berpantang. Sekarang, team CL kendalian Puan Najwa sudah melebihi 250 orang dan bertempat di seluruh Semenanjung Malaysia. 


Kami di NAJWA Confinement menyediakan rawatan dan servis berpantang secara tradisonal melayu dan juga campuran servis rawatan moden. Perkhidmatan dan rawatan kami meliputi penjagaan wanita sebelum dan selepas bersalin, pengurusan ibu dan bayi, kecantikan selepas bersalin dan lain-lain lagi. Team Najwa Confinement Lady (CL) kami meliputi seluruh Malaysia dengan pengalaman luas dalam menjaga wanita berpantang. Kesemua perkhidmatan kami dilakukan ke rumah pelanggan. Anda tidak perlu lagi bersusah-susah menempuhi trafik. Hubungi NCC dan team NCC sampai ke rumah anda. Pakej servis rawatan yang kami sediakan diantaranya adalah :


Pakej Pantang Daily Visit

Pakej Penutup Pantang

Terapi Ikhtiar Hamil

Pakej 'Me Time'

Pakej Prenatal

Pakej Pantang Keguguran

Urutan Tradisional

Makanan Pantang

Set Pantang